Kursus ini membincangkan konsep dan teknik-teknik asas, perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, serta peranan dan kod etika guru Bahasa Cina. Konsep asas meliputi teori pemerolehan bahasa, prinsip dan objektif pengajaran bahasa Cina, pelbagai pedagogi umum serta integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Cina. Teknik-teknik asas termasuk kemahiran berkomunikasi secara verbal dan bukan verbal, teknik soal jawab, penjelasan konsep, pemulaan dan penutup pelajaran, serta penyediaan dan penggunaan bahan bantu mengajar. Perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pula meliputi penulisan rancangan mengajar dan refleksi, serta konsep pengajaran mikro. Hasil Pembelajaran 预期学习成果: 1. Menghubungkaitkan teori pemerolehan bahasa dengan konsep asas pengajaran dan pembelajaran bahasa Cina 2. Mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Cina 3. Mengaplikasikan teknik-teknik asas pengajaran dan pembelajaran bahasa Cina 4. Merancang dan menulis rancangan pengajaran dan pembelajaran serta membuat refleksi 5. Menghayati dan menampilkan nilai, etika dan amalan yang bertepatan sebagai seorang guru 1. 利用语文学习理论辅助语文教学 2. 利用现代信息技术辅助语文教学 3. 运用适当的教学技能 4. 初步理解编写教学计划与教案的概念,并作适当的反思 5. 明确教师职责和素养,展现专业教师应有的品质