Kaedah & teknik yang menarik dalam p&p pendidikan islam mengikut bidang2 tertentu
by Noorzawati Binti Mat Wazir IPIP--PA2 - Wednesday, 17 September 2008, 01:10 PM
  Terdapat pelbagai kaedah & teknik yang kita boleh gunakan didalam proses pengajaran & pembelajaran pendidikan Islam mengikut bidang2 nya iaitu:
1) asuhan tilawah al-Quran
2) Ulum syariah
3) Adab dan akhlak islamiah
4) jawi

Apa kaedah dan teknik yang saudara saudari gunakan di dalam p&p dan itu merupakan kaedah @ teknik yang menarik dan memberi kesan kepada kita dan murid2? Jom kita kongsi sama2 untuk melancarkan proses p&p kita terutama semasa praktikum nanti dan seterusnya sampai bila2..
Re: Kaedah & teknik yang menarik dalam p&p pendidikan islam mengikut bidang2 tertentu
by Noorzawati Binti Mat Wazir IPIP--PA2 - Saturday, 14 March 2009, 01:12 PM
  Kepada kawan2 semua, sedikit ilmu ingin saya kongsi bersama..nie ada sedikit nota tentang kaedah & teknik yg saya dapat daripada internet..semoga berjaya semua..
Kaedah belajar sambil bermain..

KAEDAH BELAJAR SAMBIL BERMAIN

Definisi
Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran.
Main merupakan expresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan dengan kaedah permainan

Ciri-ciri Penting
1.Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa
2.Permainan manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak
3.Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal.
4.Permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna
5.Kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain
6.Ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah


Re: Kaedah & teknik yang menarik dalam p&p pendidikan islam mengikut bidang2 tertentu
by Noorzawati Binti Mat Wazir IPIP--PA2 - Saturday, 14 March 2009, 01:16 PM
  Kalau kita lihat, kanak-kanak suka dengan aktiviti yang dimasukkan unsur permainan..mereka jadi aktif..dalam masa yang sama kita kena pandai kawal kelas kalau x haru biru jadinya..Antara permainan yang sesuai kalau melibatkan ramai murid di dalam kelas ialah permainan kuiz, ..dan kuiz tue boleh dipelbagaikan caranya..mungkin dengan soalan, gambar, puzzle, missing words...atau mungkin ada pendapat lain..
Pada kawan-kawan yang ingin berkongsi maklumat dipersilakan...smileapprove


OPGMOLL
You are not logged in. (Login)